Categories
Uncategorized

panduan penyelidikan 2

Penyelidikan Tindakan dalam konteks pendidikan merupakan satu proses ilmiah yang melibatkan perancangan dan pelaksanaan yang rapi dalam usaha menangani isu yang timbul dalam pedagogi. Selain itu, Penyelidikan Tindakan merupakan satu proses untuk meningkatkan profesionalisme keguruan. Melalui Penyelidikan Tindakan, guru sebagai pengamal pendidikan berpeluang menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran.
Garis Panduan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan ini digubal untuk kegunaan program . Buku Garis Panduan ini bertujuan membantu pensyarah dan pelajar mengurus pelaksanaan dan penilaian kerja kursus pelajar secara terancang, sistematik dan berkualiti.
Rasional dan Matlamat Buku Garis Panduan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan ini merupakan satu rujukan untuk mengoptimumkan piawaian pelaksanaan dan penulisan laporan di seluruh kampus . Ia bertujuan untuk memudahkan penyelia membimbing dan menyelia pelaksanaan Penyelidikan Tindakan dalam kalangan pelajar, sekaligus memastikan keseragaman konsep dan format dalam melaksanakan dan menghasilkan Penyelidikan Tindakan.

Objektif 1. Menghasilkan satu sistem kawalan mutu penulisan yang mantap 2. Meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan kerja kursus berkaitan dengan penyelidikan tindakan 3. Memperincikan format dan susun atur cara penggubalan Jadual Spesifikasi Tugasan, rubrik pentaksiran dan pemeriksaan kertas cadangan, laporan, artikel dan pelaporan hasil kajian (lisan) penyelidikan tindakan 4. Menyeragamkan pelaksanaan penyelidikan tindakan untuk semua kursus penyelidikan tindakan yang dikendalikan oleh institut itu.

Plagiat Mencuri idea seseorang atau laporan yang ditulis tanpa memberikan sebarang penghargaan (credit) yang sesuai terhadap sumbangan yang diberikan oleh orang itu adalah dianggap mencuri hak orang. Kegiatan plagiat boleh berlaku sekiranya seseorang pengkaji mengambil atau menggunakan idea orang lain tanpa memberikan penghargaan kepada sumber idea yang diambil atau apabila orang yang mempunyai kuasa atau kedudukan seperti ketua jabatan, pengetua dan sebagainya menerbitkan hasil kerja yang dibuat oleh orang yang berada di bawah kuasanya seperti pelajar, guru dan sebagainya, kemudian mendakwa kerja itu adalah hasil kerja beliau.

h. Memalsu ataupun merahsiakan data Pengkaji perlu melaporkan secara jujur setiap data bagi mengembangkan ilmu atau memperoleh pengetahuan baharu. Sekiranya pengkaji mengubah suai data bagi mendapatkan hasil sebagaimana yang dikehendaki, aktiviti ini bukan sahaja menyekat kemajuan pengetahuan tetapi juga dapat menyebabkan kemudaratan yang serius terhadap peserta kajian yang terlibat.

FORMAT PENULISAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN Muka Depan Kulit depan perlu mengandungi perkara berikut iaitu tajuk (ditulis dalam huruf besar), gambar, nama pelajar, nama kumpulan, nama penyelia, IPG dan tahun penyerahan kertas cadangan penyelidikan tindakan (LAMPIRAN A). Muka depan cadangan penyelidikan tindakan perlu menggunakan kertas A4 biasa (80mg).
Permulaan Bahagian permulaan terdiri daripada lima bahagian kecil yang perlu disertakan dalam penulisan. Muka surat bagi setiap halaman dilabelkan dengan huruf Roman. Antara bahagian yang dimaksudkan ialah:

Kandungan Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada muka surat baharu dan mengandungi dua komponen, iaitu tajuk dan muka surat
Senarai Jadual Semua jadual yang terdapat dalam kertas cadangan disenaraikan dalam halaman ini. Antara maklumat yang disenaraikan ialah nombor jadual, nama jadual, dan muka surat jadual
Senarai Rajah Semua rajah yang terdapat dalam kertas cadangan disenaraikan dalam halaman ini. Antara maklumat yang disenaraikan ialah nombor rajah, nama rajah, dan muka surat rajah

Senarai Singkatan Halaman ini menyenaraikan semua singkatan dan nama penuh yang digunakan dalam penulisan. Bahagian ini, mengandungi tiga komponen iaitu singkatan, huraian dan muka surat
Senarai Lampiran Halaman ini menyenaraikan semua bahan berkaitan kajian yang dilampirkan dalam kertas cadangan. Lazimnya, bahan yang dilampirkan terdiri daripada soal selidik, soalan temu bual, jawapan bertulis murid, gambar atau persekitaran kelas, dan sebagainya.

Teks Kandungan dalam teks merangkumi TUJUH perkara berikut: 1. TAJUK

• Tajuk antara 12-15 patah perkataan. Terdiri daripada pencapaian tindakan yang berbunyi positif, fokus (kandungan mata pelajaran/ kemahiran dan peserta kajian) dan tindakan. Contoh:

5
Penggunaan Tikar Ajaib Untuk Membantu Murid Pemulihan Tahun Tiga Menguasai Kemahiran Menambah Dengan Mengumpul Semula Tikar Ajaib: Meningkatkan Kemahiran Menambah Dengan Mengumpul Semula Dalam Kalangan Murid Pemulihan Tahun Tiga 2. PENDAHULUAN

Pengenalan Memberi gambaran menyeluruh tentang bidang kajian
Konteks Huraian berkaitan pengkaji Huraian mata pelajaran yang diajar , Huraian am murid dan sekolah
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) , Menghuraikan beberapa pengalaman P&P yang berkaitan , Menilai dan membincangkan kembali amalan P&P Refleksi kendiri merangkumi:
Isi kandungan mata pelajaran Isi kandungan pedagogi Pengalaman sebenar diri sendiri ! Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan berasaskan pengalaman diri sendiri dan ulasan literatur ! Membincangkan secara terperinci jurang antara nilai dan/atau kepercayaan yang dipercayai yang dipegang dengan amalan yang dilaksanakan ! Menyatakan justifikasi/andaian/harapan terhadap kajian yang dicadangkan

Contoh Penulisan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Mengimbas kembali pengalaman mengajar, saya sentiasa merancang aktiviti berkumpulan di dalam kelas. Saya percaya amalan ini berkesan kerana menurut kajian oleh Rubiah Aksah (2005), pembelajaran secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga hingga lima orang ahli adalah cukup baik untuk mengelakkan lencongan objektif perbincangan. Pembelajaran sebegini juga membolehkan murid mengemukakan pendapat dengan lebih berkesan. Maka, saya sentiasa meminta murid berbincang dalam kumpulan. Sebagai contoh, empat atau lima orang dikumpulkan bersama dan mereka diminta berbincang mengenai organ deria yang terlibat dengan rangsangan dan membuat perkongsian melalui ‘Gallery Walk’. Teknik ini adalah berdasarkan pendekatan pembelajaran koperatif. Mengikut Slavin (2006), pembelajaran koperatif amat berkesan kerana murid sendiri yang terlibat secara aktif untuk membentuk pemahaman mereka.
Renungan mendalam terhadap amalan mengajar saya mendedahkan kelemahan diri sendiri semasa melaksanakan teknik berkumpulan. Walaupun cara pelaksanaan ini berasaskan kaedah konstruktivisme, murid-murid saya masih pasif. Pembacaan mendalam mengenai konstruktivisme dan pembelajaran koperatif mendedahkan bahawa agihan murid-murid saya dalam kumpulan lebih kepada homogen dan bukan heterogen. Kejadian ini berlaku kerana mereka belum menghadapi peperiksaan ketika pengelasan kumpulan dilakukan. Selain daripada menempatkan mereka dalam kumpulan, jelaslah apabila aktiviti diberikan kepada kumpulan, saya tidak bertindak sebagai pembina semangat berpasukan yang menggalakkan pembinaan nilai amanah, dan komitmen kerja. Ini menyebabkan tiada pertukaran idea aras tinggi berlaku. Tambahan pula, sebagai seorang guru, saya
6 perlu menghayati konsep dan fungsi kerja berkumpulan terlebih dahulu. Menurut Johnson et al. (1994), terdapat lima elemen asas pembelajaran koperatif yang perlu dipatuhi untuk mewujudkan elemen asas.

Categories
Uncategorized

panduan membuat penyelidikan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sehati Sejiwa.
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana Buku Panduan Penyelidikan yang disediakan oleh saya dapat disiapkan dengan sempurna. Tahniah saya ucapkan kepada Pengarah Pusat Pembangunan Akademik (PPA), yang mengambil inisiatif merancang penerbitan buku ini. Tahniah juga saya rakamkan kepada panel penulis yang telah bertungkus lumus menjayakan penerbitan buku ini. Usaha ini amatlah saya hargai dan seharusnya diteruskan lagi pada masa hadapan.
Penerbitan buku ini amat relevan untuk menjadi panduan kepada pensyarah dan pelajar dalam menghasilkan penulisan ilmiah yang berkualiti dan mencapai standard yang sepatutnya. Usaha murni ini juga dapat membantu kesemua kampus menghasilkan penulisan ilmiah yang seragam. Sehubungan itu, isu kepelbagaian cara dan gaya penulisan ilmiah yang berlaku dalam kalangan kesemua kampus sebelum ini dapat diatasi melalui penerbitan buku ini.
Saya berpendapat penerbitan buku ini amat bertepatan dengan anjakan kelapan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2011 – 2025 iaitu transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. Penggunaan suatu panduan penulisan penyelidikan yang standard dalam kalangan pensyarah dan pelajar mampu melonjakkan kualiti penulisan penyelidikan pensyarah dan pelajar IPG. Saya berharap penerbitan buku ini akan mengurangkan jurang penerbitan penyelidikan antara IPG dan lnstitut Pengajian Tinggi (IPT) yang ada di negara ini.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah PPA, IPGM dan panel penulis yang telah berkorban masa, tenaga dan daya fikir untuk menghasilkan kajian ini. Semoga pengorbanan dan usaha tersebut akan diberkati oleh Allah s.w.t.

Categories
Uncategorized

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start writing!